Walau dah bercerai, jangan bermusuh. Jadilah kawan – Yusof Haslam

LocalFamily & Parenting
18 Mar 2025 • 6:02 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

‘Jangan bermusuh walau dah bercerai’

Demikian kata pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam selain meluahkan rasa syukur apabila hubungan anak lelakinya, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana sudah kembali jernih selepas bercerai pada 2023.

image is not available

‘Jangan bermusuh walau dah bercerai’

Yusof berkata, mereka sudah terbuka untuk bersama dalam sebarang acara keluarga seperti majlis berbuka puasa yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

“Kami sekeluarga ada berbuka bersama termasuk Puteri Sarah, Syamsul dan besan lain. Saya mahukan itu, kalau ada perceraian berlaku jadikan hubungan seperti kawan.
“Janganlah bermusuh dengan isteri atau suami. Dunia ini kecil sahaja, pusing-pusing akan jumpa balik.
“Kalau ada sahabat yang sebelum ini kita bergaduh atau berselisih faham, ambillah jalan berdamai,” katanya.

image is not available

Minta maaf kalau buat salah

Dalam masa yang sama, Yusof bersyukur kerana Syamsul telah kembali kepada keluarga dan akan menyambut Aidilfitri bersama tahun ini.

Oleh itu, Yusof menasihatkan agar sebarang perselisihan dalam keluarga diselesaikan dengan damai, serta menghindari sifat ego demi keharmonian bersama.

“Jangan simpan dalam hati kerana tidak akan tenang. Jiwa akan memberontak dan rasa semua perkara serba tidak kena.
“Begitu juga saya lakukan, sekiranya ada buat salah, saya sendiri akan minta maaf. Bukan apa, kadang-kadang semua ini ego sahaja.
“Saya fikir tak mengapa mengalah demi mencari kedamaian. Begitu juga dengan isteri, kalau bergaduh saya juga akan ambil langkah mengaku salah supaya keadaan tidak jadi lebih keruh,” katanya lagi.

image is not available

Syamsul sebelum ini dilaporkan tidak kembali ke rumah ibu bapanya selepas berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar pada 6 Januari 2023.

Namun, selepas 21 bulan mendirikan rumah tangga, Syamsul melafazkan cerai talak satu terhadap Ira pada 5 September tahun lalu.

Sumber: BH Online (Affan Rostam)