Walaupun Bah Besar, Pemasangan Landasan ECRL Kelantan Tetap Berjalan Lancar

LocalBusiness & Finance
17 Jan 2025 • 9:30 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya, kerja-kerja pemasangan landasan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu siap dua bulan setengah lebih awal daripada jadual asal.

Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak .

Untuk itu, jajaran lebih 400 kilometer (km) itu kini tidak mengalami sebarang masalah yang boleh melewatkan kerja-kerja pemasangan berkenaan.

image is not available

"Walaupun Kelantan mengalami banjir besar namun kita berada dalam keadaan baik selain mendapat kerjasama daripada semua pihak terlibat dan penduduk setempat," katanya.

Pencapaian penting itu dicatat apabila kerja pemasangan landasan ECRL fasa ketiga sejauh 206 kilometer jajaran utama dari Dungun, Terengganu ke Kota Bharu siap, kelmarin.

image is not available

Difahamkan, status kemajuan keseluruhan projek ECRL sehingga Disember tahun lalu sangat membanggakan kerana sudah mencapai 77.39 peratus dan dijangka siap pada Disember 2026 bagi jajaran dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dan mula berpoprasi pada Januari 2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved