“Walaupun Ramai Tak Suka Dia..” – Keadaan Terkini Tun Siti Hasmah Buat Netizen Sebak

LocalPolitics
22 Jan 2025 • 1:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular satu video di aplikasi TikTok memaparkan keadaan terkini isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Binti Haji Mohamad Ali yang kini berusia 99 tahun.

Dalam video tersebut, kelihatan Siti Hasmah diiringi pembantu dan juga pengawal peribadi baru selesai menghadiri satu majlis.

Beliau yang dipimpin pembantu kelihatan masih bertenaga untuk berjalan meskipun sudah lanjut usia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sebak melihat keadaan terkini Siti Hasmah dan mengagumi jasa beliau dan suami dalam membangunkan negara Malaysia.

Kata netizen lagi, meskipun ramai yang tidak menyukainya, namun masih ada yang tetap menyokong serta menghormati figura itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

Datuk Seri Siti Nurhaliza Luah Hasrat Mahu Lawat Gaza, Ziarah Warga Sekolah Afwa Al-Aafiyah