Wally Funk, Wanita Tertua Ke Angkasa Lepas Meninggal Dunia

WorldSpace
10 Jul 2026 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mary Wallace “Wally” Funk menjadi manusia tertua ke angkasa lepas pada usia 82 tahun menerusi Blue Origin Blue Sheperd yang dilancarkan pada 20 Julai 2021. Pagi ini Wally Funk telah meninggal dunia pada usia 87 tahun di Texas, Amerika Syarikat. Sebab kematian tidak didedahkan tetapi beliau sebelum ini telah terjatuh beberapa kali dan tinggal di pusat penjagaan warna emas.

Image from: Wally Funk, Wanita Tertua Ke Angkasa Lepas Meninggal Dunia

Mendiang Funk memecahkan rekod yang dipegang John Glenn yang berusia 77 tahun apabila kembali ke angkasa lepas pada tahun 1998. Wally Funk dipilih kerana pernah menjalani program angkasawan wanita Mercury 13 pada dekad 60an.

Walaupun melepasi kesemua keperluan yang ditetapkan oleh NASA, beliau tidak pernah dipilih untuk ke angkasa lepas kerana program hanya menerima lelaki. Menarik sekali dapat beberapa ujian yang dijalankan oleh NASA, markah yang dicatatkan oleh Funk lebih tinggi berbanding yang dicatatkan John Glenn

Pada dekad 70an apabila program NASA mula dibuka untuk wanita, Funk sekali lagi tidak layak kerana tidak memegang ijazah sarjana atau mempunyai pengalaman menjadi juruterbang ujian. Walaupun gagal beberapa kali, Funk tidak pernah berputus asal dan berkempen untuk menggalakkan pembabitan wanita dalam program angkasa lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved