Wan Fayhsal cadang tukar nama Rafflesia, simbol bebas legasi penjajah – “Anwar pun tak apa..”

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 9:45 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, hari ini mencadangkan agar nama bunga terbesar di Malaysia, Rafflesia, ditukar sebagai simbol pembebasan daripada legasi penjajah sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, nama bunga itu yang diambil sempena tokoh kolonial British, Stamford Raffles, tidak lagi sesuai digunakan selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.

image is not available

Wan Fayhsal cadang tukar nama Rafflesia

Beliau mencelah ketika sesi penggulungan oleh Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat hari ini.

“Sempena Hari Kebangsaan ke-68 dan semangat Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mengajak kita menilai sejarah di luar kerangka kolonial, bolehkah menteri menggunakan kuasa di bawah kementerian NRES untuk menamakan semula bunga terbesar Malaysia, Rafflesia? Nama itu diambil sempena Stamford Raffles, penjajah kita, seorang yang tiada moral dan etika.

image is not available

“Namun, kita memberikan nama yang begitu indah kepada bunga kebangsaan kita. Mungkin menteri boleh cadangkan kepada Kabinet agar dicari nama yang lebih sesuai. Nak letak nama Anwar Ibrahim pun tak apa, tiada masalah, asalkan lebih baik,” katanya.

Tegas beliau, adalah tidak wajar untuk negara terus kekal di bawah bayangan warisan kolonial, lebih-lebih lagi selepas 68 tahun mencapai kemerdekaan.

image is not available

Menjawab cadangan itu, Johari secara berseloroh berkata pihaknya terbuka menerima sebarang cadangan nama baharu.

Saya ambil maklum. Kalau ada cadangan nama, boleh kemukakan,” katanya ringkas.

Sumber: Malaysiakini