Wan Saiful Letak Jawatan Ketua Penerangan BERSATU

Politics
22 Feb 2023 • 12:47 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Wan Saiful Wan Jan - Gambar dari Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan menawarkan diri untuk berundur daripada jawatan disandangnya dalam parti susulan pendakwaan rasuah dikenakan ke atas dirinya, semalam.

Sinar Harian dipetik sebagai berkata, pengumuman tersebut dibuat Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu hari ini.

Semalam, beliau yang mewakili blok Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta untuk membantu firma swasta memperoleh tender bagi projek pembinaan jalan berjumlah RM232 juta.

Wan Saiful, 48 didakwa melakukan kesalahan meminta rasuah pada April 2022, dan menerima rasuah sekitar Julai dan September tahun lalu. - The Vibes, 22 Februari 2023

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved