Wang ‘berbukit’ ditemukan selepas gempa bumi

18 Aug 2026 • 7:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wang ‘berbukit’ ditemukan selepas gempa bumi

BOGOTA – Satu rakaman video menunjukkan sebuah bangunan yang runtuh akibat gempa bumi di Colombia dipenuhi timbunan wang tunai kini tular di media sosial, lapor saluran berita radar kediri.

Menerusi hantaran di laman sosial, kejadian itu dipercayai berlaku di Colombia susulan bencana gempa bumi, baru-baru ini. 

Penemuan wang begitu banyak itu  turut dikaitkan dengan istilah tempatan,  ‘kaleta’ iaitu gelaran bagi tempat simpanan wang tunai atau barang berharga yang disembunyikan secara rahsia.

Bagaimanapun, lokasi tepat serta kronologi sebenar di sebalik rakaman video berkenaan masih belum dapat dipastikan. 

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa  mengesahkan bahawa penemuan timbunan wang tunai berpunca daripada kejadian gempa bumi di Colombia. – AGENSI

The post Wang ‘berbukit’ ditemukan selepas gempa bumi appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved