Wang ihsan ringankan beban k’jaan Kelantan bayar emolumen - Menteri Besar

LocalPolitics
11 Apr 2024 • 10:21 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Kelantan akan memanfaatkan wang ihsan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu lepas untuk membayar emolumen sektor awam negeri seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Kewangan.

Menteri Besar Datuk Nussuruddin Daud berkata sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Saya ucap terima kasih kepada Perdana Menteri (kerana) sentiasa bantu Kelantan, bukan sahaja (dari segi pemberian) wang ihsan tetapi dalam perkara lain juga,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kelantan, di Maahad Tahfiz Kampung Meranti, di sini hari ini.

“Hubungan kita (kerajaan negeri) dan persekutuan baik sejak dari dulu lagi. Semua perkara boleh bincang dan Perdana Menteri beri jaminan bahawa beliau turut beri perhatian kepada Kelantan,“ tambah beliau.

Minggu lepas, kerajaan persekutuan menyalurkan wang ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri masing-masing.