Wang simpanan, KWSP RM224,000 lesap terpedaya untung lumayan

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2024 • 8:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang lelaki hanya mampu menggigit jari apabila wang simpanannya termasuk daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM224,000 lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud. Gambar hiasan

KOTA TINGGI - Seorang lelaki hanya mampu menggigit jari apabila wang simpanannya termasuk daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM224,000 lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pada mulanya lelaki warga tempatan berusia 57 tahun itu tertarik dengan skim pelaburan dikenali sebagai Freezer di aplikasi WhatsApp yang menjanjikan pulangan lumayan.

"Pada mulanya, mangsa ditawarkan untuk membeli tiga unit freezer yang berharga RM11,000 setiap satu unit dan mangsa telah melaburkan sebanyak RM33,000 untuk membeli tiga unit freezer dan dijanjikan pulangan RM800 bagi setiap unit dalam tempoh 24 bulan.

"Setelah mendapat keuntungan pertama berjumlah RM85,600, mangsa telah membuat pelaburan tambahan secara berperingkat sehingga pelaburannya mencecah RM224,000.

"Mangsa menyedari ditipu apabila tidak menerima komisen pulangan hasil pelaburan seperti yang dijanjikan setiap bulan berjumlah RM224,000 dan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved