Wang simpanan RM117,000 lesap terpedaya untung lumayan

LocalBusiness & Finance
28 Dec 2024 • 10:51 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM117,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam skim pelaburan saham tidak wujud.

KUANTAN – Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM117,000 selepas menjadi mangsa penipuan dalam skim pelaburan saham tidak wujud, baru-baru ini.

Kejadian tersebut bermula pada 8 November lalu, apabila lelaki berusia 67 tahun yang menetap di Temerloh itu menyertai satu skim pelaburan, kononnya menawarkan keuntungan lumayan melalui aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, suspek mengaku sebagai pemegang jawatan tinggi di Bursa Saham bagi memberi keyakinan kepada warga emas tersebut supaya melabur.

Menurutnya, mangsa turut diperdaya suspek dengan mendakwa tiada cukai dikenakan sekiranya pelaburan dibuat pada hari tersebut.

"Mangsa menggunakan semua wang simpanan telah membuat sembilan transaksi berjumlah RM117,000 ke lapan akaun bank yang berlainan.

"Namun, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila gagal menghubungi suspek dan tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan," katanya pada Sabtu.

Yahaya berkata, susulan itu, mangsa tampil membuatkan laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum membuat sebarang pelaburan dalam talian.

Yahaya turut meminta agar masyarakat membuat semakan terlebih dahulu bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan.

"Pastikan semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dilakukan melalui laman https://semakmule.rmp.gov.my terlebih,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved