Wanita Arab Pertama Tamat Latihan NASA, Nora AlMatrooshi Sedia Terbang Ke Bulan

7 Mar 2024 • 1:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Nora AlMatrooshi menjadi wanita Islam pertama berketurunan Arab yang lulus latihan angkasawan di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat dan bersedia dihantar ke luar angkasa.

image is not available

Menurut laporan AFP, wanita berusia 30 tahun itu masih mengingati pelajaran di sekolah rendah mengenai angkasa ketika gurunya menunjukkan simulasi perjalanan ke permukaan bulan.

“Kami keluar dari khemah, dan lihat dia (guru) mematikan lampu di dalam bilik darjah,” katanya.

Nora berkata, kejadian itu terus bergema dan melekat di fikirannya sekali gus melahirkan tekadnya untuk benar-benar berjalan di atas permukaan bulan.

image is not available

Foto: FB NASA

Sementara itu, Nora menjelaskan penyelidik NASA membangunkan Unit Mobiliti Extravehicular (EMU) bagi membolehkannya menutup rambut ketika memakai sut angkasa dan topi keledar agensi itu.

“Sebaik sahaja anda memakai EMU, anda perlu memakai topi (dilengkapi dengan mikrofon dan pembesar suara untuk berkomunikasi) untuk menutupi rambut,” katanya.

image is not available

Foto: FB NASA

Dia berkata, itu adalah cabaran dihadapinya untuk menanggalkan tudung, sebelum memakai topi komunikasi berkenaan, malah hanya bahan atau jenis kain tertentu yang dibenarkan secara khusus boleh dipakai di dalam EMU.

“Walaupun ketika itu topi sudah ditanggalkan tetapi rambut saya tetap terlindung. Saya sangat hargai mereka yang melakukan semua ini untuk saya,” tambahnya lagi.

Nora merupakan seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak, sebelum menjadi seorang daripada dua calon angkasawan yang dipilih oleh Agensi Angkasa Emiriah Arab Bersatu (UAESA) untuk menyertai latihan dengan NASA pada 2021.

image is not available

Foto: KhaleejTimes

Sumber: AFP

View Original Article