Wanita bebas tuduhan edar 471.1 gram dadah

13 Mar 2024 • 5:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melepaskan dan membebaskan seorang wanita daripada pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 471.1 gram dua tahun lepas.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membebaskan peniaga dalam talian, Lealonii Mohd Shamsudin, 36, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan," kata Hakim Azhar.

Lealonii didakwa mengedar dadah methamphetamine seberat 471.1 gram di sebuah kondominium di Jalan Wangsa Perdana 1, Wangsa Maju di sini pada jam 9.25 malam, 7 April 2022.

Pertuduhan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syajaratudur Abd Rahman manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.

Seramai lapan saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan Isnin (11 Mac) lepas sebelum pihak pendakwaan menutup kes semalam. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved