
Seorang wanita dikejarkan ke hospital selepas berjaya melahirkan anak di kaki lima berhadapan sebuah kawasan kediaman dalam kejadian di Berau, Kalimantan Timur baru-baru ini, lapor Indo Zone.
Tidak disangkal lagi, detik yang mencemaskan itu membuatkan orang ramai di seklilingnya terkaku dan panik ekoran dipercayai tidak mempunyai ilmu dan pemahaman mengendalikan orang melahirkan anak.
Namun apa yang mengejutkan orang ramai adalah pabila wanita itu berjaya melahirkan anak dengan sendirinya di kaki lima, walaupun dengan maklumat yang terhad mengenai proses bersalin.
Semasa kejadian itu berlaku, seorang saksi awam yang bernama Ernawati melihat wanita itu sudah terbaring di atas laluan kali lima berkenaan dan meminta pertolongan orang ramai.
“Saya rasa terkejut tiba-tiba ada orang terbaring atas jalan (kaki lima).
“Selepas saya datang, (tahu-tahu saja) dia sudah melahirkan anak dan kami pun panik sebab tidak tahu nak buat apa,” ujarnya kepada pemberita, memetik Indo Zone.
Ujar Ernawati, dia mengakui dirinya tidak berani untuk mengangkat bayi berkenaan dan ibunya kerana tali pusat masih lagi tidak dipotong.
Menurutnya, kejadian itu turut disaksikan oleh pegawai Badan Perlindungan Bencana Daerah (BPBD) yang pada ketika itu melintasi jalan tersebut sebelum menyelamatkannya.
Kemudiannya, ibu dan bayi tersebut dibawa ke Hospital Umum Daerah Berau menggunakan sebuah trak milik BPBD Berau di sana.
Ketika ditempatkan di wad, doktor yang menguruskan kes itu, Dr. Abdul Rivai Erva Anggriana mengesahkan kedua-dua beranak itu selamat dan boleh menjalani rawatan susulan.
Tambahnya, bayi yang dilahirkan itu merupakan bayi perempuan dan lahir secara pramatang pada usia tujuh bulan.
Ujarnya, ekoran lahir secara pramatang, berat bayi itu amat ringan iaitu hanya seberat 1.65 kilogram dan panjang 41 sentimeter.
Sumber: Indo Zone
The post Wanita Bersalin Di Kaki Lima, Orang Ramai Panik & Angkut Naik Trak appeared first on Siakap Keli.



