Wanita Bibir Paling Tebal Sedang Mencari Cinta, Mahu Lelaki Terima Seadanya

Entertainment
21 Jun 2023 • 5:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pempengaruh yang mendakwa dirinya pemilik bibir paling tebal di dunia sedang mencari pasangan hidup yang boleh menerimanya.

Wanita yang dikenali sebagai Andrea Ivanvoa itu mendedahkan hasratnya untuk mencari kekasih sering terbantut disebabkan bentuk bibirnya.

Walaupun dia terkenal di media sosial, namun dia masih sukar untuk mendekati lelaki lain selepas memandangkan fizikalnya yang dianggap pelik.

image is not available

“Jika teman lelaki malu untuk berjalan dengan saya kerana rupa paras saya, maka lebih baik kami putus.

“Sudah tentu saya akan berkecil hati. Saya mahu pasangan yang terima diri ini dan terima penampilan saya.

“Saya mahu mabuk cinta dan berjumpa orang yang tepat untuk saya kerana cinta merupakan perkara terindah dalam hidup,” ujarnya.

image is not available

 

Sekadar info, Andrea mula dikenali di media sosial dalam kalangan netizen kerana membuat suntikan untuk membesarkan bibir.

Sumber: Daily Star

View Original Article