Wanita Buat Laporan Polis, Kecewa Tak Boleh Mengundi Sebab Kad Pengenalan Sudah Diguna Orang Lain

12 Aug 2023 • 3:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewanya selepas tidak dapat mengundi kerana ada individu lain telah menggunakan namanya dengan kad pengenalan yang sama.

Jom lihat perkembangan terkini jumlah kerusi PRN di enam buah negeri di SINI. #PRN2023

Keterujaan Rozana Mokhtar yang mengundi kali pertama di pusat pengundian baharu selepas menukar alamat berasa kecewa dan telahpun membuat laporan polis.

image is not available

Rozana berkata dia hadir ke Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri, Padang Serai jam 8.45 pagi tadi di saluran tiga dan pegawai SPR yang bertugas mula berasa hairan.

Dia kemudian memaklumkan sudah ada orang yang menggunakan kad pengenalan saya untuk mengundi.

Saya menjelaskan kepadanya bagaimana berlaku sedangkan saya belum mengundi dan menunjukkan kepadanya jari yang masih belum dicelup warna.

Pegawai itu kemudian memintanya untuk buat laporan polis dan kita nantikan siasatan lanjut.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.