Wanita Cedera Ditimpa Runtuhan Lantai Restoran

8 Mar 2025 • 1:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar JBPM Sabah

KOTA KINABALU - Seorang wanita mengalamai kecederaan parah akibat dihempap ketulan simen selepas lantai tingkat satu sebuah restoran di Jalan Segama di sini runtuh, semalam.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata dua jentera bomba bersama 13 anggota tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8 malam.

"Wanita berumur 51 tahun itu telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan hari in.

Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan dan mengarahkan orang awam mengosongkan bangunan berkendan atas faktor keselamatan sebelum operasi ditamatkan pada 9.38 malam. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved