Wanita cedera kereta terbabas masuk longkang

27 Aug 2023 • 5:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan seorang wanita yang cedera selepas kereta dipandunya terjatuh ke dalam longkang di Seksyen 18 pada Ahad.

SHAH ALAM - Seorang wanita cedera selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang di Seksyen 18 dekat sini pada Ahad.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 3.41 petang.

"Sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad Mukhlis berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang disyaki hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.

"Seorang wanita berusia 25 tahun cedera di kepala, kita berjaya mengeluarkan mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved