Wanita Cedera Ringan, Kereta Rempuh Dinding Di Sebuah Stesen Minyak Di Kuching

25 Aug 2024 • 11:40 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemalangan ringan di Stesen Minyak

Wanita Cedera Ringan, Kereta Rempuh Dinding Di Sebuah Stesen Minyak Di Kuching. Dilaporkan bahawa, seorang wanita berusia 57 tahun cedera ringan selepas kenderaan miliknya merempuh dinding sebuah stesen minyak di Jalan Canna, Kuching awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata panggilan berhubung kejadian itu diterima pada 6.33 pagi dan anggota bomba dari Balai Bomba Tabuan Jaya dan Batu Lintang dihantar ke lokasi kejadian.

image is not available
Wanita Cedera Ringan, Kereta Rempuh Dinding Di Sebuah Stesen Minyak Di Kuching. Sumber foto: The Borneo Post

Merempuh dinding sebuah stesen minyak

Dikatakan, sebaik sahaja tiba, didapati kejadian membabitkan sebuah kenderaan yang merempuh dinding sebuah stesen minyak.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan tidak tersepit di tempat duduk dan telah dikeluarkan oleh orang awam serta dibawa ke hospital menggunakan kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan.

Selepas memastikan keadaan terkawal, anggota bomba menamatkan operasi pada jam 6.58 pagi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: