
TAWAU: Seorang wanita berumur 40-an cedera di kaki, manakala suaminya, 56, masih hilang dalam insiden bot karam di perairan Sg Melayu, di sini, pagi Jumaat.
Pengarah Zon Maritim Tawau, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata, wanita terbabit diselamatkan nelayan di kawasan tersebut dan dibawa ke Hospital Tawau untuk menerima rawatan.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pasangan suami isteri yang berasal dari Kg Titingan itu menaiki sebuah bot jongkong yang membawa muatan botol kosong.
SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Bot mereka dipercayai melanggar sesuatu dan menyebabkannya hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke laut.
“Saksi memaklumkan bahawa wanita yang cedera itu diselamatkan nelayan yang berada di kawasan itu, manakala, suaminya masih belum ditemui,” katanya pada Jumaat.
Menurut Shahrizan, Pusat Operasi Zon Maritim Tawau yang menerima aduan kejadian orang jatuh lemas di kawasan Sg Melayu kemudian menggerakkan bot Halilintar 7 untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.15 pagi.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau (BBP) turut berada di lokasi pencarian pada jam 12.50 tengah hari.
Sementara itu, laporan polis berhubung kejadian itu sudah dibuat keluarga mangsa yang memaklumkan bahawa Lina Aripin dan suaminya Abdul Rahim Kasil, terlibat insiden tersebut.
Pengadu, 42, menyatakan bahawa dia dimaklumkan sepupunya yang berada di Sg Melayu bahawa perahu dinaiki pasangan suami isteri itu karam dan kakak iparnya kini dirawat kerana cedera kaki kiri akibat terkena kipas enjin, manakala, suaminya, belum ditemui.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
