Wanita Cuba Serang Sultan Perak Ketika Sambutan Merdeka Direman 3 Hari

LocalPolitics
1 Sep 2025 • 6:59 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

IPOH – Seorang wanita tempatan yang cuba menyerang Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak semalam, direman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata tempoh reman yang bermula hari ini hingga Rabu dikeluarkan oleh Majistret Wardah Nabilah Mohd Abd Wahab.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah.

Terdahulu wanita berrusia 41 tahun itu tiba di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira 10.15 pagi diiring seorang anggota polis.

Semalam, polis menahan wanita tersebut yang cuba menyerang Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak di sini.

Wanita yang mempunyai rekod rawatan psikiatri itu kemudian ditahan pengawal keselamatan bertugas selepas masuk melalui tepi pentas ketika lagu kebesaran negeri Perak berkumandang.

Sumber : BERNAMA

The post Wanita Cuba Serang Sultan Perak Ketika Sambutan Merdeka Direman 3 Hari appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved