Wanita curi sayur diikat pada tiang elektrik

3 Aug 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita curi sayur diikat pada tiang elektrik

JAKARTA – Seorang wanita di Samarinda, wilayah Kalimantan Timur  diikat pada tiang elektrik kerana disyaki mencuri sayur milik peniaga di Pasar Segiri,  baru-baru ini, lapor laman berita kumparan.

Kejadian berpunca daripada keresahan para peniaga yang mendakwa sudah berkali-kali kehilangan sayur-sayuran.

Dalam rakaman yang tular, wanita tersebut dilihat dikerumuni orang ramai di kawasan pasar. 

Beberapa peniaga kelihatan meluahkan kemarahan, malah seorang daripada mereka tergamak memukul wanita itu sebelum petugas keselamatan  tiba untuk mengawal keadaan.

“Selepas keadaan terkawal, wanita itu diserahkan kepada keluarganya kerana tiada peniaga yang mahu membuat laporan polis secara rasmi,” kata Petugas Keselamatan Pasar Segiri, Yazid.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Sektor Samarinda Ulu, AKP Asriadi mengingatkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri  terhadap individu yang disyaki melakukan jenayah, sebaliknya menyerahkannya kepada proses undang-undang. 

Menurutnya, tindakan penganiayaan mahupun perbuatan yang menjatuhkan maruah suspek boleh menyebabkan pelakunya boleh dikenakan tindakan undang-undang. – AGENSI

The post Wanita curi sayur diikat pada tiang elektrik appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved