Wanita dakwa dirakam ketika dalam tandas

5 May 2023 • 1:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang wanita mendakwa dirakam secara rahsia oleh seorang lelaki menggunakan kamera telefon bimbit, ketika membuang air kecil di tandas awam dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Simiun Bin Lomudin berkata, kejadian berlaku di salah sebuah tandas stesen minyak Petronas berhampiran Pekan Ranau kira-kira jam 12.50 pagi Sabtu lalu.

“Ketika kejadian, pengadu dan suaminya dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu dan berhenti di stesen minyak untuk berehat dan menggunakan tandas.

“Menurut pengadu, semasa membuang air kecil, dia menyedari terdapat pergerakan mencurigakan di dinding atas tandas dan terkejut apabila melihat telefon sedang merakamnya,” katanya.

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Tambah Simiun, pengadu kemudian bergegas keluar dari tandas dan mengenal pasti lelaki yang disyaki membuat rakaman itu.

“Dengan bantuan suami pengadu, lelaki itu dibawa ke Balai Polis Ranau dan diserahkan kepada polis manakala pengadu membuat laporan berkaitan kejadian itu.

“Akibat kejadian itu dan berdasarkan laporan yang dibuat pengadu, Polis Ranau membuka kertas siasatan dan menahan semula lelaki itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 8 (1) (e) OKKNS,” jelasnya menerusi kenyataan media di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, Simiun menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan kes sebegini yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral.

Beliau meminta orang ramai sentiasa membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah, kemalangan jalan raya atau sebarang salah laku dengan segera.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.