Wanita dakwa hamil & dipaksa gugur anak artis mohon maaf -“Semua tak benar..”

Entertainment
8 Jun 2023 • 12:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang wanita mendakwa dirinya hamil selepas menjalinkan hubungan dengan penyanyi yang juga pelakon lelaki selain dipaksa gugurkan kandungan tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Wanita berkenaan membuat permohonan maaf tersebut secara terbuka menerusi platform TikTok miliknya selain membuat pengakuan sehingga mengejutkan warganet.

Menerusi hantaran tersebut, wanita berkenaan mendedahkan segala maklumat seperti tangakapan layar dikongsinya di media sosial sebelum ini adalah tidak benar.

“Maaf kepada semua yang mengikuti akaun (TikTok) ini dari mula.
“Saya akan padam akaun ini kerana semuanya (pendedahan sebelum ini) adalah tidak benar,”tulisnya.

image is not available

Perkongsian itu sememangnya menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana mereka turut terkejut dengan permohonan maaf dilakukan oleh individu berkenaan.

Mereka juga berpendapat hantaran tersebut berkemungkinan dimuat naik selepas menerima ugutan daripada keluarga selebriti lelaki berkenaan kerana dikatakan telah mencemarkan maruah.

Tidak kurang juga ada yang merasakan ia hanyalah sekadar konten bagi meraih perhatian ramai.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, wanita berkenaan mendedahkan keluarga selebriti berkenaan adalah orang kenamaan dan mempunyai pengaruh kuat sehingga membuatkan dia takut untuk menggunakan khidmat guaman.

Ini kerana ia melibatkan kos yang agak tinggi sehingga tidak mampu melawan pengaruh keluarga lelaki terbabit.

image is not available

Disebabkan tersebarnya berita tersebut, ramai netizen memetik nama selebriti Ismail Izzani namun ibunya, Datin Suliza Salam menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia adalah satu fitnah ke atas anak lelakinya.

Sumber: TikTok @shrimpippy8621p