Wanita Dakwa Peluk Pokok Boleh Hilangkan Tekanan, Kurangkan Stress

29 Jun 2023 • 11:54 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Peluk pokok terapi hilangkan stress

Wanita Dakwa Peluk Pokok Boleh Hilangkan Tekanan, Kurangkan Stress. Seorang wanita dari Shanghai yang mendedahkan manfaat memeluk pokok sebagai terapi terbaik dari segi fizikal dan psikologi menjadi terkenal di negaranya.

Qishishiqi berkata, dia memeluk pokok pertamanya pada April lalu semasa berada di luar bersama suaminya.

image is not available
Wanita Dakwa Peluk Pokok Boleh Hilangkan Tekanan, Kurangkan Stress. Kredit: Google

“Ketika itu, saya berasa sedikit tertekan, saya memeluk sebatang pokok rambang di sebuah jalan sepi di Shanghai dan dengan segera dapat merasakan kesan positifnya.

“Tekanan berkaitan kerja terus `hilang secara ajaib’ semasa memeluk pokok yang tebal itu.

“Pengalaman pertama menakjubkan ini mendorong saya untuk memeluk pokok lain dan berkongsi kisah dengan orang lain agar mereka juga mendapat manfaat terapi itu,” katanya.

image is not available

Dalam satu catatan di laman instagram versi China, Xiaoshomgshu, wanita itu mendakwa dia berasa lega dan sembuh selepas memeluk pokok berusia seribu tahun yang ditanam di sebuah taman berhampiran Shanghai.

Malah, Qishishiqi menerusi catatan sama mendakwa dia juga berasa `pokok itu seolah-olah sedang memeluknya’ sekaligus membantu meringankan semua beban dipikulnya.

Qishishiqi menjelaskan dia sentiasa berasa gementar apabila memeluk individu lain kerana takut mereka mungkin tidak mampu menahan tenaga negatifnya.

image is not available

“Namun, pokok amat berbeza kerana ia akan mendengar anda dengan sabar.

“Saya tidak menasihatkan anda menggantikan perubatan dengan memeluk pokok tetapi menyokong perubatan tradisional Cina yang mendakwa amalan demikian memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article