Wanita dakwa suami curang, keluar bersama wanita lain ketika berpantang

Entertainment
6 Mar 2024 • 11:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial mengenai seorang wanita dakwa suami curang dan mendedahkan suaminya melakukan perbuatan terkutuk itu ketika dia masih berpantang selepas melahirkan cahaya mata mereka.

Menerusi beberapa perkongsian di X, wanita tersebut telah memuat naik beberapa bukti berhubung dakwaan tersebut.

Wanita dakwa suami curang semasa berpantang

image is not available

Menurut wanita tersebut, dia mempunyai banyak bukti berhubung perbuatan terkutuk suaminya itu termasuklah rakaman kamera papan pemuka.

Walau bagaimanapun, suaminya itu telah membuang kad memori pada kamera papan pemuka itu untuk menghapuskan bukti berkenaan.

“Semalam dia buang kad memori yang ada video diorang bermaksiat, dia langgar orang dan lari, dia tolak saya, semua ada dalam tu.

“Dia dah buang lepastu gelakkan saya cakap saya berhalusinasi sebab dia dah buang,” katanya.

image is not available

Dalam pada itu, dia juga mendedahkan suaminya hanya memberikan nafkah sebanyak RM600 walaupun sedia maklum anak yang baru dilahirkan mempunyai masalah jantung berlubang.

“Kawan dan adik saya adalah saksi di luar mahkamah, dia gelakkan saya dan cakap saya gila sebab bukti kukuh tu dia buang.

image is not available

“Dan dia bagi saya nafkah RM600 je! Anak dia ada masalah jantung berlubang. Susu sahaja dah RM600 belum besar lagi. Sekarang, dia tengah lari,” ujarnya.

Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut mendakwa suaminya itu bakal memfailkan saman fitnah dan nusyuz terhadap dirinya.

“Sekarang dia nak saman saya, fitnah dan nusyuz sebab yelah dia tengah confident video lucah dia buang. Tapi ada video CCTV, bukti chat, bukti AirBnB, bukti video call saya simpan,” kongsinya.

Wanita dakwa suami curang, kini mahu disaman pula

image is not available

Pada perkongsian sama, dia turut memuat naik satu foto tangkap layar mendakwa perbualan antara suaminya bersama perempuan berkenaan. Lebih menyakitkan, lelaki itu sudah mempunyai rancangan untuk bercerai dan berkahwin dengan orang ketiga.

image is not available

Malah menerusi tinjauan ke laman Instagram, dia telah membuat perkongsian lebih lanjut berkenaan dakwaan kecurangan suaminya itu.

Wanita itu memaklumkan, dia sudah berusaha untuk berbincang dengan cara yang baik bersama suami namun agak sukar kerana suaminya itu seringkali mengelak.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyuarakan rasa simpati mereka atas ujian yang sedang dihadapi oleh wanita terbabit.

Besar sangat ujian akak…

image is not available

Moga jumpa penyelesaian

image is not available

Tak faham kenapa ada lelaki macam ni

image is not available

Malah, terdapat juga segelintir netizen yang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan disamping mendoakan kemenangan buat wanita tersebut

Semoga kemenangan berpihak kepada awak

image is not available

Wanita dakwa suami curang, kami doakan akak

image is not available

Moga hari yang mendatang lebih baik…

image is not available

Semoga urusan dipermudahkan

image is not available

Hmm kalau betul, kecewanya rasa! Sudahlah biarkan isteri seorang diri sewaktu berpantang, boleh pula ada dakwaan keluar dengan perempuan lain?

Sumber: X @lisaa_aa98, Instagram @lisaa_aa