Wanita Dakwa Wajah Lembaga Seakan Budak Perempuan ‘Photobombed’ Dalam Gambar ‘Selfie’ Anaknya

Entertainment
16 Aug 2022 • 10:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Dakwa Wajah Lembaga Seakan Budak Perempuan ‘Photobombed’ Dalam Gambar ‘Selfie’ Anaknya

Bila bercakap mengenai kisah seram, pasti ada di antaranya yang melibatkan ‘penampakan’ di dalam foto. Malah, ada yang menjadi urban legend dan ‘bertebaran’ di internet sehingga kini walaupun kesahihannya masih belum diketahui.

Terbaru, seorang wanita di United Kingdom mendakwa bahawa wajah kanak-kanak perempuan misteri telah muncul di dalam gambar swafoto anak-anaknya.

Memetik laporan Daily Mail, gambar swafoto itu dipercayai telah diambil ketika dua anak lelakinya ketika bermain di sebuah taman permainan.

image is not available
Gambar: Daily Mail

Menurut wanita tersebut, dia terkejut melihat gambar yang dihantar oleh anak lelaki sulungnya yang berusia 14 tahun.

Difahamkan, kehadiran ‘wajah’ misteri itu pada awalnya disedari oleh anaknya yang berusia 12 tahun.

Kanak-kanak itu mendakwa dia ternampak seperti sarang labah-labah berada berhampiran kepalanya di dalam foto tersebut.

Setelah mencerahkan gambar itu dan memperbesarkannya, dia mula ketakutan apabila mendapati bahawa ia sebenarnya wajah seorang gadis muda.

Wanita tersebut seterusnya bertanya kepada anak-anaknya sama ada gambar itu telah disunting.

image is not available
Gambar: Daily Mail

Tetapi kedua-dua anaknya menegaskan mereka tidak melakukannya.

Anaknya juga dikatakan ketakutan pada waktu malam hingga terpaksa tidur dengannya.

Gambar itu telah dimuatnaik di media sosial beberapa hari lalu dan mendapat pelbagai respon dari netizen.

Ada yang berkata gambar itu telah disunting dan ada juga yang yakin bahawa ‘hantu’ di dalam gambar tersebut benar-benar wujud.

Sumber: Daily Mail

View Original Article