Wanita Dakwa Warga Asing Cuba Pecah Masuk Rumah, Hanya Tersenyum Bila Kantoi [Video]

1 Feb 2024 • 3:29 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kes mencuri di kalangan masyarakat dilihat semakin berleluasa dalam negara ini.

Walaupun sudah ada tindakan undang-undang yang sudah dikuat kuasa, namun golongan tidak bertanggungjawab masih giat melakukan jenayah tersebut selain mengundang bahaya kepada keselamatan orang awam.


Dua Individu Cuba Pecah Masuk Kediaman Orang Lain

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @onigirisara), menyaksikan seorang wanita bersama seorang lelaki yang menunggang motosikal berada di hadapan kediaman didakwa milik orang lain.

Jelas pemilik akaun yang dikenali sebagai Onigirisara, dua individu yang dipercayai warga asing itu telah cuba untuk menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada malam semalam (31 Januari), di Taman Jujur, Sikamat, Negeri Sembilan.

Menerusi video dashcam kereta yang dikongsikan, kedua-dua individu mencurigakan tersebut dilihat tercengang apabila tindakan cuba pecah masuk rumah ‘terkantoi’ dengan pemilik rumah.

image is not available
Sumber: X (@onigirisara)


Warga Asing Hanya Tersenyum Selepas ‘Kantoi’

Warga asing yang juga membawa seorang anak kecil di bahagian bakul motosikal hanya mengukirkan senyuman dan berlalu pergi dari tempat kejadian selepas pemilik rumah bertanyakan soalan tentang keberadaan mereka di situ.

Kalau betul salah rumah, kenapa nak kena buka pintu pagar rumah kami dan tidak memberi salam dulu? Hati hati guys, mereka ni makin melampau, boleh suka hati masuk rumah orang, nak buat apa pun tak tahu.

Pemilik akaun X.

Mengulas lanjut, pemilik rumah memaklumkan bahawa mereka sudah membuat laporan polis awal pagi tadi agar tindakan selanjutnya boleh diambil.


Netizen Berang Lihat Warga Asing Cuba Ceroboh Masuk Rumah Orang

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat berang dengan tindakan individu yang sesuka hati cuba menceroboh kediaman orang lain.

Oleh disebabkan rasa geram, orang ramai turut menyalahkan pihak kerajaan kerana membenarkan golongan warga asing menetap di Malaysia.

“Ini ke kerajaan sibuk nak tumpang pembelajaran orang Rohingya, ini ke wahai kerajaan durjana?” ujar seorang warganet.

image is not available
Sumber: X

Malah, ada juga yang mendakwa dia pernah melihat warga asing sama, cuba untuk mencuri sebuah motosikal di kedai runcit.

“Weh muka lelaki itu familiar, dia cuba nak rembat motor aku masa dekat CU Mart.

image is not available
Sumber: X


Tips Keselamatan Untuk Elak Orang Pecah Masuk Rumah

Bagi mengelakkan kes orang pecah masuk rumah tidak berlaku, di sini kami kongsikan beberapa tips yang anda boleh dipraktikkan. Antaranya:

  • Terus laporkan kepada pengawal keselamatan sekiranya terdapat individu mencurigakan di sekitar kediaman.
  • Jangan biarkan pintu rumah terbuka walaupun hanya sebentar.
  • Jangan tinggalkan sebarang jenis nota di pintu rumah.
  • Segera menghubungi talian kecemasan 999 jika terlihat orang tidak dikenali masuk ke rumah jiran.
  • Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.

image is not available
Sumber: PexelsNetizen Berang Lihat Aksi 2 Individu Sesuka Hati Cuba Pecah Masuk Kediaman Orang LainSumber: Pexels

Source: