Wanita dan ‘kekasih’ ditahan, tilik nasib di TikTok

LocalEntertainment
19 Dec 2024 • 10:16 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita warga Indonesia bersama kekasih ‘pengkidnya’ ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kerana disyaki menjalankan aktiviti menilik nasib menggunakan kad tarot.

Mereka dipercayai memperoleh lebih RM100 dalam dua jam melalui siaran langsung di TikTok dengan bayaran dalam bentuk ‘gift’ yang boleh ditukar kepada wang.

Pasangan berusia 30-an itu ditangkap di sebuah rumah di Sendayan setelah risikan mendapati aktiviti ini dijalankan sejak pertengahan tahun ini.

Mereka menawarkan ramalan berkaitan cinta, ekonomi, dan tuah kehidupan. Walaupun suspek mengaku hanya mendapat RM20 sehari, pihak berkuasa percaya pendapatan mereka lebih tinggi berdasarkan kadar sewa rumah melebihi RM1,000 sebulan yang disewa di Sendayan.

Dalam pada itu, pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua suspek tidak bekerja dan wanita Indonesia itu pula didapati telah tinggal lebih masa di negara ini.

Wanita Indonesia itu disiasat di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992, manakala pasangannya di bawah Seksyen 34 kerana bersubahat. Mahkamah Rendah Syariah mengenakan wang jaminan RM3,500 dan RM2,500 kepada kedua-dua suspek.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Ahmad Zaki Hamzah berkata ini kali pertama penguatkuasaan dilakukan terhadap ajaran salah menilik masa depan dan perbuatan ini jelasnya termasuk dalam amalan khurafat yang akan memberi kesan kepada psikologi individu yang percaya kepada ramalan tersebut.

Sumber: Sinar Harian