Wanita Dedah 8 Tahun Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Sama

13 Jul 2023 • 6:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jurugambar Malaysia berkongsi pengalaman pahitnya diganggu dan diintai oleh pengguna IG selama 8 tahun

Wanita Dedah 8 Tahun Kena Gangguan Seksual, Dengan Lelaki Sama. Selepas bertahun-tahun berhadapan dengan gangguan seksual dan stalker seorang lelaki bernama Safiq Rosli, seorang jurugambar wanita tempatan meluahkan rasa penat dan marahnya di media sosial.

Difahamkan, Acacia Diana membuat pendedahan itu di laman Instagram dan Twitternya, menyatakan bahawa gangguan itu telah berlaku sejak 2016, dengan banyak bukti individu terbabit menghantar mesej dengan kandungan berunsur lucah.

image is not available
Sumber: Instagram

Lelaki itu mengekorinya di UK dalam diam

Dipercayai lelaki itu pernah ditangkap polis di United Kingdom (UK) kerana mengekorinya secara senyap, namun dia berjaya melarikan diri dan terlepas tarikh mahkamah.

Sebelum ini, laporan polis telah difailkan pada 2018, tetapi tiada tindakan dilakukan kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang mengintai atau stalking pada masa itu.

image is not available
Sumber: Instagram

Tidak serik menganggu, mangsa perlu mendedahkan perkara itu

Bagaimanapun, individu itu dilihat tidak serik apabila terus mengganggunya menyebabkan wanita terbabit mendedahkan perkara tersebut.

“Hi semua. Saya sangat penat, geram dan malas melayan lelaki ini. Jika sesiapa mengenali dia dan keluarganya, minta tolong dapatkan bantuan untuk dia,” tulisnya di laman Instagramnya dengan menyertakan beberapa hantaran mengenai individu itu.

Disebabkan mangsa tidak tahan dengan gangguan dibuat oleh lelaki itu, dia memohon pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan meminta keluarganya untuk bertanggungjawab atas tindakan anak mereka.

image is not available
Sumber: Instagram

Turut menarik perhatian Menteri, Fahmi Fadzil

Menurut laporan, hantaran itu turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil, yang menjemput Acacia untuk menyerahkan bukti dan tangkap layar kandungan lucah itu kepada e-mel rasmi kementeriannya.

Untuk makluman, perbuatan mengintai atau stalking telah dikategorikan sebagai satu jenayah pada 2022 oleh Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, juga dikenali sebagai Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Baca juga artikel yang berkaitan: