Pengorbanan yang tiada tandingan! Seorang individu mendedahkan ibunya hilang ingatan akibat komplikasi ketika melahirkan anak ke-18 pada 2010.
Pendedahan itu dibuat wanita asal Terengganu menerusi sebuah hantaran di TikTok susulan pandangan segelintir warganet terhadap tindakan sekumpulan individu belasah Orang Kurang Upaya (OKU) di Kemaman pada Jumaat.
“Ibuku OKU juga, hilang ingatan kerana alami komplikasi ketika bersalin anak ke-18.
“Jujur cakap, hanya yang ikhlas jaga insan istimewa begini sahaja yang mampu bersabar apa jua berlaku.
“Takkan semudahnya pukul mereka walau nyawa jadi taruhan,”katanya.