Wanita Dedah Maksud Sebenar Lagu ‘Khun Sai’, Dakwa Ada Unsur Syirik

EntertainmentOpinion
25 Apr 2025 • 5:21 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Lagu ‘Khun Sai’ sebenarnya telah diterbitkan pada tahun 2022, namun kembali meraih populariti yang meluas di media sosial, khususnya di aplikasi TikTok. Fenomena ini berlaku selepas verse lirik ‘Anantapatchaye’ menjadi tular.

Lagu ini dinyanyikan oleh Ek Anupap bersama pelawak dan penyanyi Noi Chernyim dari Thailand. Setakat hari ini, muzik video rasmi lagu ‘Khun Sai’ itu telah meraih hampir 10 juta tontonan.

Tetapi ada sesuatu yang tak kena dengan lagu ini rupanya

image is not available
Kredit foto: Banmai Studio

Meskipun, lagu ini digemari oleh ramai orang kerana iramanya yang rancak dan menghiburkan. Menerusi aplikasi Tiktok seorang pengguna bernama Tehania, beliau mendakwa lagu ini sebenarnya ada unsur yang membawa ke arah syirik dan normalisasi hubungan sejenis.

Beliau berkata bahawa sebelum ini, beliau telah merujuk kepada dua rakannya yang berasal dari Thailand. Menurut mereka, lagu tersebut mengandungi penggunaan mantera, namun ia hanyalah mantera rekaan semata-mata dan bukanlah mantera sebenar.

Ada bacaan mantra, tapi tidak mempunyai apa-apa maksud, bacaan mantra itu direka sahaja. Tidak ada fungsi kearah memuja.

Namun, sebagai umat Islam kita tahu sihir itu adalah sesuatu perkara yang syirik. Walaupun, mantra itu tidak mempunyai maksud. Dalam lagu ini, dia (penyanyi) telah meminta pertolongan kepada bomoh dengan harapan orang itu suka dirinya dengan menggunakan sihir.

image is not available

Beliau menjelaskan, sebagai umat islam pergantungan kita hanyalah kepada Allah SWT dan bukan perkara yang lain (bomoh).

Dan kalau korang nak tahu, orang yang diminta disihirkan itu adalah lelaki. Maksudnya, lagu ini ada unsur gay (hubungan sejenis).

Beliau turut menasihatkan semua pihak, terutamanya umat Islam, agar sentiasa menggunakan akal fikiran dalam membuat pertimbangan dan tidak memberikan alasan yang remeh atau tidak munasabah, walaupun ia hanya sebuah lagu.

Sebagai umat Islam, kita perlu berhati-hati dalam memilih trend atau hiburan yang kita ikuti, terutamanya lagu seperti ini yang jelas mengandungi lirik yang boleh menggugat akidah serta mempengaruhi kepercayaan dan pegangan hidup seseorang.
Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.

View Original Article