Wanita dewasa berat 25kg, masih nak turunkan berat badan

Entertainment
23 Jul 2024 • 10:28 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita muda di China yang beratnya hanya 25 kilogram telah menarik perhatian ramai selepas mempamerkan tubuhnya yang sangat kurus secara mengejutkan dalam talian.

Wanita yang dikenali sebagai ‘Baby Tingzi’ ini memiliki lebih daripada 42,000 peminat di Douyin, versi TikTok China. Walaupun ramai yang bimbang dengan kesihatannya, Baby Tingzi mendakwa bahawa dia lebih suka menjadi kurus dan menganggap badannya yang kurus seperti rangka itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap hidupnya.

Di platform tersebut, Baby Tingzi berkongsi video menunjukkan dirinya menari, gambar diri memakai pakaian yang agak mendedahkan sekali gus menunjukkan kaki dan tangannya ayng kurus. Dia juga kerap menimbang berat badan untuk memaklumkan kepada peminatnya tentang berat badannya.

Namun, ramai netizen berpendapat Baby Tingzi berkemungkinan besar mengalami anoreksia dan memerlukan bantuan perubatan segera. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘rangka berjalan’ atau ‘rangka menari’.

Sukar untuk membayangkan orang dewasa seberat 25 kilogram dan ada yang khuatir jika tulangnya mudah patah jika dia bergerak terlalu banyak.

View Original Article