Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu

9 Apr 2024 • 4:06 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Terpikat dengan janji pulangan tinggi, wanita di Bintulu rugi RM140,000 akibat penipuan pelaburan tidak wujud

Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu. Seorang pengurus syarikat swasta di Bintulu kehilangan RM140,000 akibat terlibat dalam skim pelaburan emas palsu atau penipuan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan tinggi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, mangsa wanita berusia 30-an itu diperkenalkan kepada skim tersebut pada 25 Mac melalui Instagram oleh individu bernama ‘Gao Yun Ze’. Individu itu memberitahu mangsa mendaftar sebagai ahli untuk memulakan pelaburan dengan menghantar pautan pendaftaran.

image is not available
Wanita Di Bintulu Rugi RM140,000 Akibat Skim Pelaburan Emas Palsu

Terperangkap melalui aplikasi Instagram, membuat transaksi sebanyak RM140,000 dari Mac hingga April

Suspek dipercayai memberitahu mangsa bahawa berdasarkan pelaburannya, dia akan menerima pulangan RM102,000 pada hari yang sama. Mangsa kemudian membuat 10 transaksi ke tiga akaun bank berbeza, berjumlah RM140,000 dari akhir Mac hingga awal bulan April.

“Mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila tidak menerima sebarang pulangan yang dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan semalam menerusi laporan.

Polis Sarawak tegas jangan mudah tertipu dan sentiasa berhati-hati

Sehubungan itu, Mancha mengingatkan orang ramai hanya melabur melalui platform yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Dapatkan nasihat daripada agen pelaburan berdaftar. Jangan percayai sebarang pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi dalam tempoh singkat,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Penipuan Nasional di talian 997 sekiranya menjadi mangsa penipuan cyber seperti penipuan cinta, penipuan telefon, penipuan e-dagang, pinjaman palsu dan lain-lain, terutamanya jika mereka telah membuat transaksi kewangan ke akaun palsu atau sindiket penipuan.

Baca juga artikel yang berkaitan: