![Image from: Wanita Di China Diarah Keluar Pesawat Selepas Buat Kecoh & Marah Pramugara Tak Cakap Mandarin [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/Wanita-kena-keluar-dari-pesawat-airasia.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan ramai yang teruja setiap kali ingin menaiki kapal terbang untuk terbang ke destinasi mereka.
Yelah tak semua dapat merasai pengalaman ini, namun tak dinafikan juga adakalanya kita berjumpa dengan pelbagai ragam penumpang yang ada masa menguji kesabaran.
Bahkan lebih teruk lagi, ada juga beberapa pesawat mengalami kelewatan untuk memulakan perjalanan disebabkan perlu berdepan dengan situasi tak dijangka seperti ini.
Wanita warga China diarah keluar pesawat selepas timbulkan kekecohan
Baru-baru ini seorang penumpang dari China terpaksa diarahkan turun daripada penerbangan pesawat AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur, Malaysia atas tindakannya yang menimbulkan kekecohan.
Menurut Mothership, insiden itu berlaku pada 22 April dan video yang dirakam oleh penumpang lain telah menjadi tular di media sosial.
Pesawat AirAsia D7809 itu sepatutnya berlepas daripada Lapangan Terbang Chongqing sekitar jam 2.10 pagi. Namun penerbangan itu tertangguh disebabkan kekecohan yang dilakukan oleh penumpang berkenaan sehingga terpaksa berlepas pada jam 3.47 pagi.
Wanita dipercayai kru kabin syarikat China Southern
Menurut Mothership yang memetik Sin Chew Daily, wanita yang diarahkan keluar daripada pesawat berkenaan dilaporkan seorang pramugari pesawat China Southern.
Wanita itu dipercayai berasa kecewa apabila ada penumpang dalam pesawat terbabit merakamnya sedang bercakap di dalam telefon sebelum berlepas.
Dia bahkan mahu penumpang terbabit memadam rakaman tersebut dan membuat permohonan maaf, bagaimanapun dia sedar atas kesilapannya bercakap dengan kuat sewaktu sedang bercakap di dalam telefon.
Namun katanya ia tidak menjadi satu kesalahan menggunakan telefon sebelum pesawat itu berlepas.
“Apa yang saya buat salah? Internet akan secara automatik terputus apabila pesawat berlepas dan saya tidak akan boleh membuat panggilan. Tetapi lelaki (penumpang) itu mengambil telefonnya dan merakam saya,” jelas wanita berkenaan.
Penumpang yang mengambil videonya itu bagaimanapun enggan memadam rakaman terbabit.
Marah kru kabin bertanya dalam Bahasa Inggeris, berpendapat kru patut tahu cakap Mandarin walau asas
Seorang pramugara kemudiannya tampil bertanya kepada wanita berkenaan dan bercakap dengannya menggunakan bahasa Inggeris.
Perkara itu membuatkan wanita tersebut lebih marah apabila tidak memahami apa yang disampaikan selain merasakan kru kabin itu sepatutnya boleh bertutur dalam bahasa Mandarin.
“Apabila saya berkomunkasi dengan dia, dia terus bercakap dalam bahasa Inggeris. Saya berbangsa Cina. Kenapa dia asyik bercakap dalam Bahasa Inggeris? Bagaimana seseorang bekerja dalam penerbangan antarabangsa tidak boleh bercakap bahasa Mandarin paling asas? Industri perkhidmatan jenis apakah ini?” katanya.
Seorang lagi staf lalu tampil mendekati wanita tersebut dan bercakap dalam bahasa Mandarin.
Nak penjelasan kenapa kena turun dari pesawat & minta pampasan kerugian
Wanita itu lalu bertanya kepada kru kabin berkenaan mengapa dia disuruh turun dari pesawat selain menuntut pampasan kerugian disebabkan perjalanannya terganggu.
Staf itu lalu menjelaskan kepadanya, tindakan wanita terbabit telah mengganggu pesawat tersebut. Wanita itu bagaimanapun mahu mengetahui undang-undang apakah yang telah dilanggarnya.
Selain mahukan penyelesaian untuk perkara yang berlaku dan enggan turun dari pesawat terbabit.
Polis China terpaksa iring wanita turun daripada pesawat
Ekoran enggan turun daripada pesawat itu, polis China kemudiannya terpaksa memasuki pesawat untuk memaksa wanita terbabit bertenang selain meminta penumpang lain untuk tidak membuat sebarang rakaman lagi.
Wanita itu kemudiannya akur dan turun daripada pesawat namun sebelum meninggalkan kapal terbang terbabit, dia turut meminta penumpang yang merakam situasi tersebut untuk menghantar kepadanya sebagai bukti.
“我是 China” (I am China)
— Byron Wan (@Byron_Wan) April 22, 2026
Apr 22: another Chinese passenger making a scene on an international flight and causing a significant delay… this took place on the AirAsia D7809 Chongqing to Kuala Lumpur flight after boarding but before takeoff (scheduled for 2am) in Chongqing.… pic.twitter.com/O9ds6M4hV5


