Wanita diberkas guna kad debit orang lain

11 Jan 2024 • 6:39 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Tindakan licik seorang wanita dipercayai menggunakan kad debit milik individu lain sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM4,400 Disember lalu membawa padah apabila suspek diberkas pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek berumur 44 tahun sebelum itu ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Brickfields pada Rabu.

Menurutnya, siasatan dijalankan susulan kenyataan mangsa yang dimuat naik menerusi laman sosial berkaitan kad debit miliknya.

"Semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran dari akaun mangsa pada 24 Disember 2023 sehingga 25 Disember 2023 tanpa pengetahuannya melibatkan kerugian berjumlah RM4,400.

"Kertas siasatan kemudiannya dibuka bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, susulan itu, suspek kemudiannya diberkas untuk siasatan lanjut berkaitan kes berkenaan.

"Suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut berkaitan kes ini.

"Orang ramai dinasihatkan tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan kes ini dan segera menyalurkan info berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak polis," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved