Wanita didakwa dera dua anak dibicara 26 - 27 Februari

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 12:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 30 tahun yang didakwa mendera dua anaknya akan dibicarakan pada 26-27 Februari 2025.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh terbabit untuk Aifa Mualil, yang kesnya dibawa untuk pengurusan kes.

AdvertisementPihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa kira-kira lima saksi akan dipanggil semasa perbicaraan.

Bagi pertuduhan pertama, Aifa dituduh mendera anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dengan memukul dan merotannya sehingga menyebabkan lebam di paha serta parut di bahagian belakangnya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mendera anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dengan memukul dan merotan sehingga menyebabkan lebam di bahagian muka kanan serta parut di bahagian belakangnya.

Kejadian itu didakwa berlaku jam 1 pagi, 30 September tahun ini di sebuah rumah kongsi di Jalan Lintas, di sini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, atau denda sehingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara menunggu tarikh perbicaraan, Aifa diperintah supaya direman lanjut.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shafeerah Mad Iskim tampil untuk pendakwaan manakala Aifa, yang memegang dokumen IMM13, tidak diwakili.