Wanita didakwa hina Islam ketika berkomedi akan dituduh

12 Jul 2022 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Wanita yang didakwa menghina Islam dengan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan komedi berdiri akan didakwa di mahkamah.

Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataan ringkas berkata wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama.

Katanya, seorang lagi individu yang dipercayai teman lelakinya akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar.

Beliau berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kedua-dua individu terbabit kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan telah menerima arahan untuk mendakwa mereka.

Difahamkan, kedua-dua mereka akan didakwa esok, namun polis masih belum mengesahkan tarikh dan masa.

Terdahulu media melaporkan, wanita itu telah ditahan pada 10 Julai lalu dan direman selama tiga hari.

Pada masa sama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung sementara operasi kelab terbabit susulan satu klip video tular tersebut.

Dalam video berdurasi 54 saat yang tular, wanita berusia pertengahan 20-an itu yang pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat dan hanya meninggalkan pakaian mencolok mata.

Awal hari ini, pihak pengurusan Crackhouse Comedy Club menggesa agar DBKL menarik semula penggantungan lesen premis tersebut susulan ia disita tanpa sebarang notis bertulis awal kepada pihak pengurusan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.