Wanita didakwa pecah amanah RM97,717

LocalBusiness & Finance
22 Feb 2025 • 4:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 55 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah membabitkan sejumlah RM97,717 tahun lalu.

Ho Yung Fong mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai subkontraktor Kim Fong Canopy Sdn Bhd, yang diamanahkan untuk mengurus hasil jualan syarikat bernilai RM97,717, melakukan pecah amanah jenayah dengan menggunakan hasil jualan syarikat untuk kepentingan peribadi.

AdvertisementKesalahan itu didakwa berlaku antara 1 Jun hingga 28 September 2024 di premis syarikat di Syarikat Kim Fong Canopy Sdn Bhd, di Heritage Plaza, Jalan Lintas, di sini. Pertuduhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 14 tahun serta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah menetapkan 23 April untuk sebutan dan membebaskan tertuduh dengan jaminan RM3,500.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki bekerja sendiri didakwa memiliki kabel tembaga curi kepunyaan sebuah syarikat telekomunikasi.

AdvertisementAbdul Zaidi Abdul Rahman, 40, mengaku tidak bersalah memiliki kabel tembaga sepanjang 80 meter milik Telekom Malaysia pada 11 Februari, tahun ini, kira-kira jam 2.40 pagi, di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Tanjung Aru.

Pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan. Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Pendakwaan ketika memohon pengurusan kes pra-perbicaraan (PTCM) mencadangkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin.

Peguam Jagnesh Jaya, yang mewakili Abdul Zaidi, memohon jumlah jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan bekerja sendiri.

Majistret Marilyn Kelvin menetapkan 21 April untuk PTCM dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,300 dengan dua penjamin.

Sementara itu, tiga lelaki dihukum penjara kerana memiliki syabu.

Walli Joseph, Kaisal, dan Mohd Syukri masing-masing, mengaku bersalah secara berasingan memiliki syabu sseberat 1.50 gram, 0.10 gram, dan 0.12 gram tahun lalu.

Walli dijatuhi hukuman penjara 12 bulan, manakala Kaisal dan Syukri masing-masing dihukum penjara lapan dan sembilan bulan bermula dari tarikh mereka ditangkap.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatin serta Inspektor Yusdi Basri dan Alia Nuurlysa Adnan melakukan pendakwaan.