Wanita didakwa tipu rakan niaga 

9 May 2024 • 1:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jo Ann Mool

Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 49 tahun dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menipu rakan niaganya berjumlah RM312,900 berhubung tender kerajaan.

Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali menjatuhkan hukuman itu terhadap Dayang Sariah Ratman.

Sariah didapati bersalah menipu Su Nget Yung dengan memperdayanya menyerahkan wang berjumlah RM312,900 bagi mendapatkan tender pembekalan makanan bermasak ke asrama sekolah dan tender pembersihan kawasan sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Dia melakukan kesalahan itu di pekan Putatan antara 6 Julai, 2018 dan 19 April, 2019.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu tahun dan 10 tahun, dan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Lapan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Sariah, yang diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan, berjaya mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Majistret membebaskannya dengan ikat jamin RM6,000 dengan dua orang penjamin sementara menunggu rayuan dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran sebulan sekali sehingga rayuan selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ling Guong Zhin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.