Wanita digesa manfaat potensi perniagaan

24 Nov 2022 • 4:40 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

ISTERI Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Datuk Juliah Salag menggalakkan lebih ramai wanita untuk menjadi usahawan.

Beliau berkata bidang keusahawanan kini menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara maju dan membangun.

“Sektor keusahawanan dilihat semakin berkembang terutama dengan penglibatan wanita, sehingga ada yang memulakan perniagaan tanpa bantuan pihak lain.

“Kami sangat gembira dengan usaha dan perkembangan positif ini, dan kami berharap lebih ramai wanita menceburi bidang ini.

“Untuk tujuan ini, Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2022 iaitu sebanyak RM17.61 juta bagi pelaksanaan program pembangunan wanita melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) dan Yayasan Usaha Maju (Yum).

“Peruntukan itu menyasarkan perkhidmatan kepada suri rumah, ibu tunggal, peniaga kecil wanita dan pelbagai lapisan masyarakat dalam sektor ekonomi fokus,” katanya ketika menyempurnakan majlis penutup Program Keusahawanan JHEWAnita 2022 di Kota Kinabalu pada 10 Nov.

Juliah, yang juga Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (Mutiara GRS) turut menyampaikan sijil kursus dan kit kepada wakil peserta dalam enam kursus kemahiran anjuran Jhewa.

Sepanjang 2022, Jhewa telah mengadakan 22 kursus membabitkan 508 wanita seperti Kursus Pengawetan Makanan Perap, Kursus Membuat Minyak Spa, Kursus Membuat Hadiah dan Kursus Kemahiran Bakeri.

Hadir sama, Pengarah Jhewa Haslina Ismail, Naib Presiden ketiga dan Pengerusi Biro Kebajikan Mutiara GRS, Datin Seri Linda Ewit, Penolong Pegawai Daerah Malim Supre dan wakil Pegawai Eksekutif Majlis Daerah, Siti Anizah Rumsani.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.