Wanita dikecam muat naik content ‘POV Suami’ bersama anak lelaki

LocalEntertainment
14 Sep 2024 • 8:30 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pelbagai isu kini timbul melibatkan beberapa konten atau kandungan yang dimuat naik ke dalam media sosial terutamanya TikTok.

Ada yang menganggap konten yang dibuat sebagai satu tarikan atau hanya gurauan semata, namun tanpa mereka menyedari terdapat beberapa unsur sensitif yang perlu dielakkan.

Ketika ini pula tular mengenai satu video yang dirakam oleh seorang wanita dan anak lelakinya mengundang kurang senang netizen.

Katanya, video yang memaparkan sudut pandangan (POV) seorang suami itu tidak bersesuaian apabila wanita berkenaan menjadikan anak lelakinya sebagai POV seorang suami.

Bukan hanya satu video, malahan beberapa video dimuat naik ke TikTok milik wanita berkenaan.

Difahamkan juga, wanita berkenaan merupakan seorang ibu tunggal.

Susulan itu, netizen mula memetik nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Nancy Shukri dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved