Wanita dipercayai curi telefon bimbit diburu polis

LocalPolitics
28 Mar 2026 • 1:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tular video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak mencuri telefon bimbit milik pekerja kiosk di sebuah pasar raya di sini.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita dipercayai mencuri telefon bimbit milik pekerja kiosk di sebuah pasar raya di Cheras mengundang padah apabila dia kini diburu polis, menerusi video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Jumaat.

Menurutnya, laporan dibuat oleh seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai penjaga kiosk berkenaan.

"Pada 26 Mac 2026 kira-kira jam 5.56 petang, pihak polis menerima satu laporan daripada mangsa berkaitan kehilangan sebuah telefon bimbit di sebuah kiosk di Ad3, Lotus Midah Cheras, Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati telefon bimbit milik mangsa dipercayai telah dicuri oleh seorang wanita yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang wanita bertindak mencuri telefon bimbit milik pekerja kiosk di sebuah pasar raya di sini.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved