Wanita Dipercayai Rakam Diri Ketika Sedang Menunggang Motosikal Raih Perhatian Ramai [Video]

LocalEntertainment
27 Sep 2024 • 3:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Penggunaan telefon bimbit sewaktu sedang memandu mahupun menunggang motosikal merupakan perkara yang bahaya untuk dilakukan.

Tindakan ini juga telah menjadi salah satu punca kepada kemalangan. Bukan hanya itu, perbuatan menggunakan telefon ketika sedang memandu atau menunggang motosikal turut boleh dikenakan denda kerana ia salah di sisi undang-undang.

Wanita tunggang motosikal sambil main telefon curi perhatian

Baru-baru ini, seorang wanita yang sedang menunggang motosikal menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat menggunakan telefon bimbit sehingga kenderaan berada dalam keadaan bahaya.

Menerusi video yang tular di X, awalnya kelihatan wanita yang membawa motosikal jenis skuter berwarna putih sedang berjalan di belakang sebuah lori.

Apa yang menjadi perhatian ketika sedang menunggang motosikal tersebut, wanita itu dilihat turut bermain telefon menggunakan tangan kiri. Manakala tangan kanan pula memegang handle motosikal.

Angkat telefon seperti sedang rakam diri sendiri, motor terhuyung-hayang

Dalam video turut kelihatan wanita itu mengangkat telefon bimbitnya seperti sedang merakam diri sendiri.

Tindakan wanita tersebut turut membuatkan motosikalnya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil mengikut lori terbabit.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan penunggang motosikal tersebut dan menyifatkan tindakannya itu sangat bahaya.

Malah ada juga yang menyentuh mengenai beg tangan wanita terbabit yang disandang di bahagian belakang juga boleh mengundang kepada jenayah seperti ragut dan sebagainya.

Ada juga yang meminta pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap penunggang wanita itu.

“Bahaya bawa beg macam tu. Kalau boleh beg tu letak dekat bawah tempat duduk motor. Kalau gitu punya gaya, penjahat boleh tarik bila-bila masa je.”

image is not available

“Sekali pandang ingat akak tu nak rakam lori, sekali dia tengah video call ke?”

image is not available

“PDRM boleh ambil tindakan dah ada bukti. Untuk pengajaran”

image is not available