Wanita Dipuji, Sanggup Tunggu Budak Berseorangan Yang Tak Dikenali Demi Keselamatannya [Video]

LocalFamily & Parenting
14 Aug 2024 • 4:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Tak dinafikan sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes membabitkan individu hilang, atau jenayah dilaporkan.

Malah individu yang dilaporkan hilang itu bukan sahaja golongan kanak-kanak sebaliknya melibatkan golongan dewasa dan warga emas.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan ramai yang bimbang sekiranya berlaku kepada ahli keluarga sendiri.

Wanita nasihat ibu bapa jangan tinggal anak berseorangan

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang menasihatkan ibu bapa di luar sana untuk tidak meninggalkan anak-anak berseorangan di tempat awam.

Ini selepas dia berdepan dengan satu situasi sama di sebuah kawasan perumahan strata.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ainnuranida di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang berada di dalam kenderaan dan memaklumkan dia baharu sahaja keluar daripada lif selepas menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

Kanak-kanak ditinggalkan di atas motor sementara bapa naik ke atas rumah

Namun sebaik keluar dari lif dia menyedari terdapat penunggang motosikal yang membonceng anak kecil berhenti. Penunggang yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu kemudian turun meninggalkan anaknya menunggu di atas motor berseorangan.

“Bapa dia (kanak-kanak) naik atas (menaiki lif) mungkin ambil barang kot. Sebab aku dengar masa aku keluar lif tu, aku dengar bapa dia cakap macam ni ‘ha tunggu sini tau, abah naik atas sekejap’.

“Jadi sekarang, aku ni risau dekat budak ni. Sekarang kes macam-macam, aku tengah tunggu bapa dia turun ni. Ni budak ni depan mata aku, tengok ya (sambil menunjukkan kamera ke arah kanak-kanak),” katanya dalam video tersebut.

Bimbang berlaku perkara tak diingini, wanita sanggup tunggu dalam kereta jadi pemerhati

Ujarnya, dia tidak bergerak dari kenderaan tersebut dan hanya berada di dalam kereta kerana ingin menunggu bapa kanak-kanak itu.

Malah dia juga turut meluahkan rasa bimbang sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku kepada budak tersebut.

“Kau faham tak, sekarang ni bila-bila masa je orang boleh culik budak ni dan gerak (pergi). Apartment pengasuh aku ni bukannya ada pengawal pun.

“Kepada ibu bapa janganlah ambil mudah walaupun anak kau dah besar ni, mungkin anaknya ni dah 5 tahun kot,” jelasnya.

Malah kebimbangannya itu, turut membuatkan Ainnur seperti ingin membebel kepada bapa kanak-kanak berkenaan.

@ainnuranida28

Kejadian pagi tadi. Tolong lah ibu bapa jgn tinggalkan anak walau sekejap pun. Dunia skrg penuh binatang. Sekelip mata anak boleh hilang dari pandangan. Jaga anak kita elok-elok. Sebaik-baiknya.

♬ original sound – Kedai MoMy 🇵🇸 – Kedai MoMy 🇵🇸

Kanak-kanak berada dalam keadaan selamat sehingga bapa turun dan beredar dari kawasan tersebut

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Ainnur memaklumkan dia menunggu kanak-kanak itu sehingga bapanya turun dan beredar dari kawasan terbabit.

Dia juga mengatakan dia tidak berjumpa dengan si ayah apatah lagi menghampiri kanak-kanak tersebut kerana tahu ia menyalahi undang-undang, dan boleh dikenakan tindakan.

“Aku cuma menunggu jelah, selagi budak tu selamat, selagi budak tu tidak bahaya aku tetap tunggu. Ha itu cara akulah.

“Tapi kenapa aku tidak berdepan dengan bapa dia, itu adalah sedikit penyesalan untuk aku. Sepatutnya aku kena tegur bapa dia. Tapi tak apalah, benda pun dah lepas.

“Budak tu pun selamat, cumanya aku harap ibu bapa di luar sana kalau lalu FYP (For Your Page) video tu. Kita sama-sama ambil pengajaran.”

@ainnuranida28

Replying to @Akushukor94 Hahah part 2 baru nk upload ni dik 😂 Moga menjadi pengajaran untuk kita semua. Dunia semakin menakutkan untuk anak2 kita. Semoga Allah kurniakan keselamatan kepada anak2, ahli keluarga kita semua. InsyaAllah.

♬ original sound – Kedai MoMy 🇵🇸 – Kedai MoMy 🇵🇸

Ingin sebarkan kesedaran, ramai puji wanita prihatin

Tambah Ainnur lagi, niatnya berkongsi video tersebut hanyalah untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai.

Melihat di ruangan komen ramai yang berterima kasih kepada wanita terbabit kerana sikap keprihatinannya untuk memastikan kanak-kanak berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Di ruang komen Ainnur turut mengatakan dia percaya, sesiapa sahaja yang berada di tempatnya pasti akan melakukan perkara sama.

“Bagus akak ni prihatin. Terima kasih kak, terbaik.”

image is not available

“Tak berani tinggal anak gitu walaupun dah besar. Penat jaga kang macam-macam hal pula jadi.”

image is not available

“Biar la orang kata mulut aku riuh bising pesan itu ini kalau keluar pergi mana-mana yang melibatkan anak. Sebb nak jadi sesuatu tu kejap je. Harap orang baik-baik wujud di sekeliling kita anadai kita terlalai.”

image is not available