Wanita disimen dalam kolah kekasih suspek utama, Mandeep Singh: Polis

9 Dec 2023 • 5:46 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM - Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lalu merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang juga dikenal pasti sebagai warga India berusia 30-an, menetap di rumah tersebut bersama Mandeep Singh yang kini sedang diburu polis.

“Wanita yang berketinggian 160 sentimeter itu, dipercayai telah dibunuh sebelum disimen di lokasi tersebut. kita masih siasat berkaitan itu.

“Butiran suspek (Mandeep) telah diketahui dan waran tangkap akan diperolehi. Pihak polis juga akan minta bantuan Pesuruhjaya Tinggi India dan pihak polis negara itu untuk mengesan dan tangkap suspek ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Hussein berkata, setakat ini pihak polis telah merekodkan keterangan daripada 10 individu.

Pada 4 Disember lalu, polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen dalam sebuah kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga sedang mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan. - 9 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved