
“Peliknya siap letak telur padi”
Wanita Disindir Netizen Gara-Gara Review Laksa Sarawak ‘Terpesong’ Letak Telur Padi. Sebut sahaja laksa Sarawak, pasti terus terlintas di fikiran anda semangkuk bihun yang dibanjiri dengan kuah santan yang pekat dengan bau rempah ratus yang aromatik sehingga menusuk hidung.
Ditambah pula dengan pelbagai pilihan bahan sampingannya sehingga menjadikan semangkuk laksa tersebut meriah diwarnai dengan aneka topping yang menggiurkan.
Daripada telur goreng sehingga ke makanan laut bergred A, laksa Sarawak sesuai dimakan dengan apa-apa sahaja topping!

Baru-baru ini, seorang ifluencer telah memuat naik sebuah video ulasan makanan menikmati laksa Sarawak di sebuah kedai makan yang terletak di Metrocity, Kuching.
Untuk review kali ini, beliau memesan laksa Sarawak special dengan ambal, udang dan telur padi sebagai toppingnya serta laksa Sarawak udang galah.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila seorang individu telah meninggalkan komen di mana beliau mendakwa laksa Sarawak kini telah banyak ‘terpesong’ dan ‘murtad’.
Menurutnya, laksa Sarawak kini telah hilang keasliannya gara-gara terlalu banyak penambahan dek kerana terlalu mengikut cita rasa terkini.

Untuk info, telur padi merujuk kepada century egg iaitu telur itik yang diawet dengan beberapa campuran bahan seterusnya dibiarkan selama beberapa bulan sebelum boleh dinikmati.
Hairan dengan komen tersebut, beliau terus berkongsi kisah itu di Facebook. Pelbagai reaksi telah dilontarkan oleh netizen.

Rata-rata netizen terhibur dengan komen individu yang menyifatkan hidangan itu sebagai ‘murtad’.
Tambah netizen, dalam perniagaan peniaga hendaklah kreatif mengolah sesuatu makanan itu selagi tidak menghilangkan elemen sebenar makanan itu.
Susulan itu, ramai juga warga Sarawak berkongsi kombinasi laksa Sarawak dan telur padi dikatakan antara gandingan yang paling terbaik.

