Wanita disyaki bunuh suami direman tujuh hari

16 Jul 2022 • 10:56 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

JOHOR BAHRU - Wanita yang dipercayai membunuh suaminya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, di sini pada Jumaat, direman selama tujuh hari.

Perintah reman bermula Sabtu terhadap suspek berusia 36 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Melody Woon Sze Mun di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Sebelum itu, suspek yang mengenakan t-shirt dan seluar berwarna jingga tiba di pekarangan mahkamah dengan diiringi anggota polis pada jam 8.45 pagi.

Pada Jumaat, seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya kira-kira jam 7.50 pagi.

Mangsa ditemukan maut terbaring dengan bahagian muka dan kepala mengalami kecederaan itu, di dalam rumah berkenaan.

Menerusi kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat pada Jumaat, isteri mangsa ditahan berhampiran lokasi pembunuhan dan didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Katanya, wanita yang bekerja sendiri itu didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine, selain mempunyai dua rekod lampau kes berkaitan dadah dan satu kes berkaitan jenayah (mendatangkan cedera).

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved