Wanita disyaki dilarikan, gagal hadir beri keterangan di SPRM

LocalPolitics
2 May 2025 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Rusdi

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dipercayai telah dilarikan selepas gagal hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita tersebut di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 9 April lalu, kira-kira jam 3.02 petang.

Menurutnya, wanita terbabit dijadualkan hadir ke pejabat SPRM pada tarikh berkenaan bagi memberi keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan.

"Ketidakhadiran mangsa pada 9 April lalu telah disahkan oleh pihak SPRM.

"Siasatan telah dibuka berkaitan kejadian ini di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Rusdi berkata, mangsa sebelum ini telah beberapa kali hadir ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan berkaitan kes yang disiasat.

Menurutnya, satu laporan polis juga telah dibuat oleh peguam mangsa di Seri Kembangan, Selangor berhubung kehilangan tersebut.

“Rakaman percakapan daripada beberapa individu termasuk pegawai SPRM dan peguam mangsa juga telah diambil bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak polis,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved