Wanita ditahan bersama lima senjata api termasuk M-16

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 10:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kesemua senjata api itu ditemukan hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam sebuah rumah.

KUALA KRAI - Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini membawa kepada rampasan lima laras senjata api termasuk M-16 pada Isnin.

Komander Briged Tenggara, Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek ditahan menerusi Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 pada jam 6.45 petang.

"Kesemua senjata api itu ditemukan hasil pemeriksaan yang dilakukan di dalam sebuah rumah," katanya kepada pemberita pada Isnin.

Beliau berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, siasatan akan dijalankan mengikut Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ahmad Radzi memberitahu, serbuan tersebut turut disertai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Jabatan Perhutanan negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved