Wanita ditahan simpan mercun, arak seludup

LocalPolitics
23 Oct 2024 • 6:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang wanita ditahan bersama mercun dan arak seludup dirampas. Foto IPD Seri Alam

PASIR GUDANG - Seorang wanita ditahan polis kerana menyimpan pelbagai jenis mercun dan arak seludup dianggarkan bernilai RM60,000 pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd Sohami Ishak berkata, wanita berusia 40-an ditahan di dalam serbuan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah II di sebuah kedai di Taman Cahaya Kota Puteri, Masai.

“Hasil serbuan pada jam 9 malam itu, seorang wanita berusia 40-an ditahan kerana memiliki pelbagai mercun tidak berlesen dan minuman keras tidak bercukai kastam.

“Rampasan itu melibatkan antaranya 29 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan tiga kotak serta 159 tin minuman keras tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang berkastam tanpa cukai dan Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved